Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
153,185
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

TERDENGAR bunyi kunci rumah dibuka, Ami tersedar terus dari kantuknya.

“AYAH!!?!” jeritnya sambil berlari ke pintu rumah yang sedang dibuka dari luar.  Lelaki sasa itu muncul dengan pakaian yang sama dua hari lepas. Senyuman di bibir ayahnya cukup lebar, seolah-olah berjaya membawa untung sale berjuta. Namun perhatian Ami ialah pada insan yang tiada. “Mana ma...?”

Umar berjalan ke dapur kerana kehausan. “Ayah tak dapat bawak dia balik... sebab apparently, mak kau tu betul-betul dah kahwin lain.Tapi dia bersetuju untuk datang melawat kita sekali sekala,” jelasnya.

“Aik... mama tak kahwin baru la.” Lelaki dewasa itu diekori ke dapur.

“Ma kau dah yakinkan ayah. Siap call husband dia. Bunyi macam garang.” Suara garau yang penuh berapi yang didengarinya tadi membuat Umar judgemental. Takkanlah laki dia macam tu sekali. Umar masih saspek Aqi menipu dan dia berhasrat nak mengorek hal sebenar asalkan mereka boleh bertemu sua selepas ini. Botol jus oren dikeluarkan dari peti sejuk. Dilihatnya masih ada sedikit je lagi, terus diteguk sampai habis. Tetapi tekaknya masih haus. Kepala dipaling mencari sumber air manis yang lain. Tiada. Hm.

Gadis itu mengeluh. Terkilan benar sudah. “Ami mana boleh tunggu dia datang lawat. Ami nak jumpa dia. Ami nak minta maaf... Kita pergi lawat dia la, ayah.”

Sambil mencapai cawan, Umar menoleh pada anaknya. “Ayah lupa nak mintak alamat.” Handphone ditarik dari poket seluar dan dilontar pada anaknya. “Call dia. Mintak alamat.” Air panas dimasukkan ke dalam cawan, sebelum dicampur dengan Nescafe 3-in-1. Cukuplah.

“Nama mama dalam ni ialah apa?" soalnya sambil mencari keyword ‘mama’ atau ‘Aqi’. Tiada.

Si Biul... jawabnya dalam hati sambil meneguk Nescafe. “Biarlah ayah call sendirik.” iPhone itu dirampas dan Aqi terus dihubungi. Sementara menunggu talian berangkat, speaker dipasang dan diletakkan di atas meja sementara dia berpusing ke kabinet dapur nak mencari makanan ringan pula.

Klik. Talian bersambung.

“Mar, kalau kau booty call aku lagi, I swear to God aku datang sana dan lipat tengkuk kau!” Tak sempat memberi salam, wanita itu menghambur amarah terus.

Sepantas kilat Umar melompat terus ke meja. “AKKEY!! HAHAHAH!! Ami nak cakap dengan kau ni, ha!!” jeritnya dengan sengih janggal. Muka berkerut si anak yang ditala padanya dibuat tak perasan.

“Ami? Oh, kau dah sampai rumah?”

“Mama... hai, ni Ami...” ujar gadis itu kesukaan. Sampai merah pipinya bahana debar yang dirasai.

“Hey anak dara ma... hahaha. Ami, do ma a favour and libas kepala bapak kau pakai rotan supaya jangan kacau bini orang?”

Bini orang? Ami menoleh pada Umar. Si ayah itu memberi isyarat mata pada iPhone di atas meja, memberi makna yang Aqilah bini orang yang dimaksudkan. Ami hampa.

“Jadi betullah ma dah kahwin lain?” soalnya sebagai pengesahan terakhir.

“Ya.”

“Hurmm... kalau macam tu Ami tak boleh nak tolong sebab ayah ada hak nak menggatal dengan mama Ami sendiri.”

Umar mengangkat high-five dan disambut kuat oleh si anak.Siap dengan smug face masing-masing.

“Kau dengan bapak kau sama je!” Si ibu hanya mampu merungut di talian.

“Jadi macammana ayah boleh pujuk ma?” soalnya lagi, suka.

Aqi tidak menjawab, membuatkan Umar mengambil alih bagi menjawab soalan anaknya. “Ayah tak berjaya pujuk sepenuhnya, tapi ayah buatkan ma kau berjanji untuk jaga kau sebagai emak yang betul, bukannya menyamar jadi makcik kantin.”

“Tapi kenapa ma kena menyamar??” Keliru lagi.

Umar menjungkit bahu sambil meneguk liur. Aqi masih tidak menjawab. Ami merenung iPhone.

“Ayah tunggu ma sampai sekarang... sampai reject semua awek yang nak pikat dia... ma kahwinlah semula dengan ayah...”

“Perempuan tak boleh kahwin dua, Ami...” jawab wanita itu akhirnya.

Gadis itu terkaku lagi sebelum menoleh pada ayahnya yang memuram. Air mata bergenang semula. “Tapi ayah tunggu ma sampai sepuluh tahun... kenapa ma sanggup kahwin lain??” Soalan itu pedih sekali sifatnya, baik pada yang bertanya, pada yang ditanya, mahupun yang mendengar.

“C-can we discuss something else? Mar, tolong aku?”

Suara di hujung talian itu kedengaran serak. Lelaki itu menarik nafas dalam, sekaligus membenamkan sakit di hati ke dasar terdalam. Senyum dipaksa pada wajah. Lalu kepala anak perempuannya digosok. “Kita fokus benda positif. Alang-alang ma kau ada sini, jom pergi Legoland esok!”

Lalu sepanjang malam itu dihabiskan dengan berbual di telefon. Dari call biasa kepada video call. Bagi Umar dan Ami, itulah pertama kali rumah dua tingkat itu terasa sempurna walau secara fizikalnya tidak. Walau cuma seketika, ketawa mereka bersatu bagi menunjukkan kebahagiaan berkeluarga. Ami tertidur dengan senyuman luas di muka, serta masa depan yang tampak cerah bagi keluarga mereka.

Ya, hanya seketika. Kerana keesokan harinya, bila Umar nak menelefon berkenaan perjalanan ke Legoland, nombor telefon Aqi kini berganti dengan suara operator; Harap Maaf. Nombor Anda Dail Tiada Dalam Perkhidmatan Kami.

Umar dan Ami kacau seketika.

Alamat rumah yang diberikan Aqi, diperiksa. Alamat itu walaupun wujud, tapi membawa mereka kepada sebuah rumah kongsi gelap. Anak beranak itu siap dihalau bersama ludah dan kata-kata kasar.

Bantuan terakhir yang Umar boleh dapatkan ialah dari kawan-kawannya sekiranya mereka mengetahui apa-apa tentang Aqi. Namun, didapati sebarang medium komunikasi dengan Aqi juga telah diputuskan oleh wanita itu.

Harapan kembali sifar.

 

SEMINGGU kemudian, Ami terbangun sekitar jam 2 pagi. Dia cuba nak tidur semula, namun gagal. Telefon bimbit dicapai, memeriksa semua platform sosial medianya. Dirasakan bosan, lalu dia bangun, nak ke dapur.

Semasa melalui ruang tamu, ternampak ayahnya di depan TV sedang bermain PS4. Kenapa pula tu?

“Ayah tak boleh tidur ke?” soalnya sambil mendekat.

Si ayah tidak menjawab. Fokus melancarkan Hadouken ke arah Chun-Li. Dibelasah lumat-lumat bagi melepas geram di hati.

Punggung dilabuh ke sebelah ayahnya. Sisi wajah berjambang itu direnung. Serius sekali riaknya. Kemudian skrin TV dilihat. Umar sedang bermain video game pertarungan. Jarinya cekap menekan butang pada console dan menumbuk tendang lawannya di skrin itu. Sesungguhnya si ayah jarang bermain video game. Kalau diikutkan, PS4 itu memang dah berhabuk di dalam kabinet, tidak bersentuh. Tetapi, Ami menganggak yang kejadian yang berlaku disebabkan emaknya, si ayah ni mencari gangguan sementara yakni pada video game.

“Ayah rindu ma?” tekanya.

Tak menjawab.

“Ayah tunggu dia 10 tahun, kemudian dia lari lagi. Ayah mesti frust kan...?”

“Ami...” Garau sekali suaranya. “Jangan sekali-sekali...kau tinggalkan ayah... macam dia...”

Suara itu serak-serak. Hati ayahnya yang pecah dan hancur cukup nyaring memecahkan hening di awal pagi hingga kedengaran ke telinga anaknya. Tambah-tambah air mata jantan Umar turut jatuh ke pipi sebelum dikesat dengan bahu. Kesedihan di hati ayahnya menyerap ke hatinya. Dadanya terasa dihimpit. Lalu ayahnya dipeluk.

“Mungkin ma ada sebab dia...” luah si anak, turut sebak kini.

“Yeah. Keep thinking that. It'll make all the pain magically goes away.”

Pahit sekali kata-kata itu kedengaran. Betul-betul putus cinta. Rumah yang dibina dengan impian untuk kembali bersama ialah salah satu punca rasa sakit itu tidak dapat dipulihkan. Juga pada permintaannya sendiri supaya si ayah membawa mama itu balik.

“Habis ayah nak buat apa sekarang...”

“Main game sampai dia balik, hahaha...”

Ami melirik lagi, kali ini dengan mata yang berkaca dan rawan yang mengapung jiwa. “Biasanya kalau Ami sakit hati dengan Jun... Ami lari...” Dia cuba memujuk.

Umar mengerut dahi, kurang tangkap kata-kata anaknya.

“Kalau ayah nak lari dari realiti walau sekejap pun takpa. Ami okay je kalau ayah nak kahwin lain...”

Lelaki bermata hazel itu menjeling sekilas. Si anak ini dah lama nak dia berkahwin baru, tetapi bila dilihat pada konteks sekarang, pelik juga memandangkan dia dah jumpa emaknya. Kenapa masih nak suruh kahwin lain?

“Kau taknak ma kau balik ke? Kau nak perempuan lain jadi mak kau?”

“Ayah masih harap ma balik rumah?”

Diam seketika, masih pada Chun-Li yang tak tewas-tewas. Luka di hati diteliti. “Ya... ayah masih nak dia balik...” luahnya perlahan. Supaya aku boleh ikat dekat dinding lepas tu libas pakai tali pinggang biar berbirat sampai mampus.

Apa yang disambung dalam hati sekadar disimpan sendiri. Umar tengah marah! Sayang tak sayang, perempuan kesayangannya itu benar-benar dah mencabar sabarnya.

Sepuluh tahun dia menunggu. Anak kecil dah bertukar jadianak dara. Jadi kenapa masih tak cukup?! Kenapa masih nak lari? Apa benda yang perempuan itu benci sangat...??

Nak menangis lagi rasanya, lalu ditelan rawan itu macam menelan air suam masa tengah sakit tekak. Payau dan perit.

Si anak pula masih tidak perasan perubahan emosi si ayah. “Ayah kahwin baru je la dulu. Kalau ma balik nanti, kalau ayah masih nak kat dia... dia jadi bini kedua ayah je la.”

Tertoleh si ayah dibuatnya. Muka serius Ami membuatkan ketawanya terlepas ringan. “Yeah... that'll do. Biar padan muka dia. Suka sangat mainkan hati orang,” luah Umar bersama hembusan nafas ringan. Barulah video game dimatikan bila dirasakan hatinya rileks sedikit.

Ami tersenyum nipis, suka melihat tekanan di muka si ayah dah menghilang. “Ayah betul-betul sukakan ma, eh?”

With all my heart...” Diam seketika, membayangkan wajah wanita itu. “She was once my whole world...” balasnya bersama senyum lembut. Umar menoleh, menentang anak mata hazel yang diwarisi darinya itu. Nak melihat muka Aqi dekat si anak ini pun tak dapat sebab rias Ami memberat pada wajahnya berbanding si emak. Baik warna matanya, warna kulitnya, tinggi tubuhnya serta tebal rambutnya. “Tapi itu dulu. Sekarang... ayah takda ayat yang boleh klasifikasikan perasaan ayah kat ma kau sekarang ni. Sure, ayah sayang. Tapi ayah benci jugak kat dia.” Dinding direnung. “Cuma, ayah tak boleh imagine a life dimana dia langsung hilang dalam kehidupan kita. Walaupun bukan sebagai suami isteri... as long as there's a possibility that we will be together... selagi Allah tak tarik nyawa... I want to think that... that us three... be together again.” Tiba-tiba kenangan hidup bersama Aqi sepanjang usia mudanya melayang ke benak. Senyum terukir terus tanpa dipaksa-paksa. “Sebab living with her... is so fun, Ami.... Hidup ayah rasa tak lengkap bila dia takda. Sebab tu lah...” Air matanya bergenang kembali, lalu wajah ditundukkan.

Ami pula menangis melihatnya ayahnya. “Ayah...”

Umar memaksa ketawa. “I really really want her to come back home. I’m sorry...” luahnya, lalu si anak dipeluk seeratnya.

Harapan.

Itulah punca sakit, itulah juga yang mendorong manusia terus bergerak ke depan.

Rabak di hati lelaki itu berpindah ke hati anaknya. Ami menangis teresak-esak bagi pihak Umar hingga lelaki itu pula yang terpaksa memujuk si anak dara. Diam-diam, hatinya memasang azam– akan didapatkan semula mamanya untuk si ayah. Macammana, dia tak pasti, tapi selagi ayahnya tidak putus harapan... selagi itulah Ami takkan mengalah.

 

EMIR Danial pertama kali sampai ke Malaysia selepas duduk di Jepun bersama Zachary beberapa tahun. Yang membawanya balik ke Malaysia ialah Chan iaitu ayah angkatnya, kerana untuk membawanya berjumpa dengan isterinya.

Di pandangan Emir, isteri Chan berkulit cerah dan kecil orangnya. Berambut panjang hingga ke dada, anak matanya cukup hitam dan galak sekali bila mencerun. Ada tegas pada rias mukanya. Bila Emir memperkenalkan dirinya, wanita itu tiba-tiba berpusing dan melepaskan penumbuk ke muka Chan. Tepat ke hidung hingga membuatkan Chan terundur setapak dua. Semua individu di dalam bilik itu terperanjat.

“Apa kau dah buat dekat Zach?!!” jerit wanita itu sebelum terus menyerang Chan bertalu-talu. Emir baru nak bersorak tetapi kemudian ditarik keluar dari bilik itu, manakala orang-orang dewasa yang lain menarik wanita itu dari atas badan Chan.

Keesokan harinya, Emir mencari-cari isteri Chan itu,tetapi tidak tahu dimana, sehinggalah penjaganya memaklumkan Chan telah mengunci wanita itu di tingkat tiga, dan semua tingkap bilik juga telah diletakkan gril. Kenapa Chan mengurung isterinya sebegitu sekali, Emir tak tahu. Namun dia ataupun setiap individu di rumah itu tiada kuasa nak membantah kerana Chanlah yang paling berkuasa. Sepatah perkataan dari mulut lelaki itu boleh membuatkan mereka merempat di dalam lorong atau bawah jambatan, malah mungkin hilang nyawa.

Tetapi ada sesuatu pada wanita itu yang membuatkan Emir ingin sangat bertemu dengannya.

Dia berdiri di laman sambil melangut ke tingkat tiga,pada bilik dengan tingkap bergril itu. Tingkap kaca di dalamnya bertutup,tetapi lampu terbuka tanda ada orang di dalamnya.

Dia melompat ringan sekali dua sebelum memanjat tingkap satu. sama macam wall climbing, Emir memanjat dinding banglo Chan tanpa safety rope hinggalah sampai ke tingkap gril tersebut.

Keadaan bilik berlampu, jadi Emir boleh melihat apa yang berlaku dari luar tingkap berkaca. Chan ada di dalam, sedang memukul wanita itu hingga pecah daging dan tumpah darah.

“Hoi!!” Spontan menjerit, berniat nak menghalang, dan dia berjaya. Di dalam, Chan berhenti memukul malah menoleh-noleh, mencari punca suara tersebut. Sebelum kantoi, Emir terus memanjat turun. Setiba ke tanah,Emir terus memecut ke dalam rumah. Dia berlari naik ke tingkat tiga dimana bilik itu berada. Bertutup, malah berkunci. Lalu diketuk kuat.

“Chan!! Berhenti pukul—berhenti—kau bukak pintu ni!! Jangan pukul dia!!” jeritnya. Bila tiada respon, penumbuk dilepaskan pula kepintu itu. “Chan tak guna!! Kalau kau tak bukak pintu ni, aku akan report polis!!”

Tombol tiba-tiba bergerak. Emir terkaku bila daun pintu terbuka. Hanya sedikit dan dihadang tubuh sasa milik ayah angkatnya itu. Mukanya menghadap terus ke perut Chan, kerana lelaki itu tinggi sekali. Buku lima lelaki itu menarik perhatiannya kemudian. Kotor dengan darah. Emir terasa perutnya mengecut.

“Kau nak report polis? Hahah... Ekin, kau dengar? Budak ni nak report polis.” Kepala dipalingkan ke belakang, pada perempuan yang lunyai di lantai. Kemudian budak lelaki 12 tahun itu ditentang lagi. “Polis tak boleh sentuh aku, bodoh.” Bahu Emir ditolak, namun budak itu nyata lebih lincah dari yang dijangka.

Emir merendahkan tubuh hingga ke bawah kangkang Chan dan terus menyelit masuk ke dalam bilik itu macam ular memasuki lubang. Itu dia. Wanita yang terlantar itu berada dihadapan kini tanpa sebarang halangan. Langsung tiada luka pada wajahnya melainkan pipi yang lebam, manakala anggota tubuhnya pula agak teruk dikerjakan, terutama pada kaki wanita itu. Serangan Chan nampaknya terkawal. 

“Erm... err...” Kelu rasa lidah. Tangannya juga tergantung di tengah udara, tak tahu nak buat apa. Dia tak berani nak menyentuh sebarang bahagian tubuh wanita ini. Takut menyakitinya. “O-okay tak ni?”

Dengan bibir yang koyak, wanita itu memaksa senyum. Dia memaksa diri untuk bangun dan duduk. “Haha... kau sihat?” soalnya sambil menentang anak mata Emir.

Kembang rasa tekaknya. Liur mula terasa berpasir. “M...ma?”

Wanita itu terkaku. Emir pula menahan tangis. Nafas ditarik dalam, meraih kekuatan.

“Ma? Awak ma saya?” Soalan pengesahan ditanya lagi namun masih tiada respon dari wanita itu. “Uncle Zach dah cerita semua benda... dia cakap ma tengah fight untuk bawa Emir balik... tapi ma kerap kalah berbanding menang.” Kata-kata itu benar bila melihat keadaan lembik wanita ini sekarang. “Emir masih kecik, jadi Emir tak boleh buat apa-apa, tapi dia suruh Emir bawa ma keluar dari rumah ni bila Emir dah besar sikit...”

Tanpa dapat ditahan, air matanya pecah ke pipi. Aqi menggigit daging pipi yang dah sedia luka, menahan sebak dari merasuk. Chan dibelakang Emir sekadar membatu, entah kenapa tidak mengganggu mereka. Mengambil peluang yang diberi Chan, Aqi terus menentang sepasang mata hazel itu. “Uncle Zach kau kat mana sekarang?”

Budak lelaki 12 tahun itu senyap seketika sebelum tiba-tiba pecah tangis. Aqi gamam. Wajah itu berusaha disentuh sebelum Emir akhirnya menjawab bersama esak yang berpanjangan.

“Uncle... uncle Zach dah mati...”

Putus nafas dibuatnya. Tak sempat nak bercerita panjang, Chan mencekak kolar baju Emir dari belakang. Dengan mudah budak lelaki kurus itu dilontar keluar dari bilik itu.

“Ma bertahan! Nanti Emir bawa ma keluar dari sini!! Emir akan buat apa saja—”

Itu kata-kata terakhirnya sebelum mereka dipisahkan pintu. Disusuli dengan bunyi tumbuk dan tendangan ke pintu oleh Emir. Impulsif juga budaknya.

Lelaki itu berpaling pada si wanita lagi. Aqi masih terduduk, namun dengan mata terpejam dan air mata merembes keluar.

“Apa yang aku buat dekat Zach... aku boleh buat dekat keluarga angkat kau di Melaka sana...” tutur Chan bersama deraman amarah.

Kelopak mata Aqi terbuka semula. Wajah Umar, Ami, Farid dan yang lain terbayang di ruang mata. Kelat rasa liur, lalu mata dipejam lagi.

“Aku akan buat apa-apa yang kau nak. Jangan sentuh mereka.”

Chan mendengus. “Kau cakap benda yang sama, tapi lepas tu kau berani jumpa duda kau semula!!” Barannya meletup semula, lalu penumbuk dilepaskan ke muka Aqi kembali. Dia enggan merosakkan wajah cantik itu tetapi dia tengah marah. Dia benar-benar marah! Aqi berjanji dengannya untuk tidak bertemu dengan Umar semula. 10 tahun wanita ini menepati janji, dan Chan percayakan kata-katanya. Hinggalah Aqi sendiri berani menelefonnya hanya untuk memaklumkan dia sedang bersama dengan Umar.

Suami mana tak mengamuk!

Chan kembali melepaskan amarah ke tubuh isterinya, terutama pada kaki itu. Pada sepasang kaki yang cukup lincah melarikan diri darinya malah kini berniat nak kembali ke pangkuan suami lamanya. Jari kaki Aqi dipotong dan kedua belah tendon kaki Aqi dikerat supaya wanita itu tak boleh berjalan.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena